Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor
PENGENALAN

Definasi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi
dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pergerakan Lokomotor dan Manipulasi Peralatan Semasa Aktiviti Lokomotor:

PERGERAKAN LOKOMOTO KREATIF
Pergerakan lokomoto secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu

Ruang

Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana, rendah
b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi - mengecil, membesar
 




Pergerakan Asas

Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field ‘Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, beban dan juga perhubungan. Kesedaran tubuh badan bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk. Contohnya seperti aktiviti memusingkan badan atau menggerakkan tangan ke belakang. Aktiviti lain ialah seperti menyeimbangkan badan dari sudut yang pelbagai seperti berdiri menggunakan sebelah kaki. Kesedaran tubuh badan lain ialah memindahkan berat antara anggota badan seperti aktiviti berjalan. Bahagian badan yang terlibat dalam semua aktiviti ini ialah tangan, lengan, kepala, kaki, siku, lutut dan lain-lain. Kebiasaannya aktiviti ini di lakukan sebelum memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.

Konsep pergerakan yang kedua ialah konsep kesedaran ruang. Ruang adalah yang melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi. Lokasi terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri bermaksud ruang yang terdapat di sekeliling kanak-kanak. Ruang am pula bermaksud ruang yang menggunakan semua ruang contohnya seperti dewan dan padang. Arah pula melibatkan aktiviti seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Antara contoh aktiviti yang melibatkan arah ialah seperti ‘passing’ bola ke atas, bawah, kiri dan kanan. Aras pula aktiviti yang melibatkan kedudukan seperti rendah, sederhana dan tinggi. Laluan pula melibatkan kedudukan seperti lurus, melengkung dan juga zig-zag. Manakala yang terakhir ialah ekstensi iaitu melibatkan ruang seperti besar, kecil, jauh dan dekat.

Konsep pergerakan asas yan ketiga pula ialah beban. Beban bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada sesuatu kekuatan. Beban itu di ukur mengikut masa, daya dan juga aliran. Masa bermaksud cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu di lakukan. Contohnya jika beban itu tinggi maka pergerakan juga akan menjadi lambat begitu juga sebaliknya. Daya pulak merujuk kepada kuat atau ringan sesuatu beban itu manakala aliran pula merujuk kepada beban itu terikat ataupun bebas.

Konsep pergerakan asas yang keempat pula ialah perhubungan. Dimana ia berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara hubungan dengan objek adalah seperti atas dan bawah, dekat dan jauh, keliling, sisi, bertemu dan berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin dan ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan dan berkumpulan.


My Song


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com