Pendidkan Jasmani ( 3 RPH )

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
KELAS   : 2 A
TARIKH: 23-8-2011                                                    
MASA    : 8.00 – 8.30 pagi
Tajuk      : Hambur dan mendarat (Panduan Pengajaran pg. 91)
Fokus     : Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan mendarat.
Standard Pembelajaran        :          
1.6.1    Melakukan hambur dan mendarat dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah.
1.6.2    Melakukan hambur ke atas peti lombol dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dan lutut difleksi.
2.5.1    Mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat.
5.2.2    Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti.                  
Objektif Pembelajaran  : Murid boleh melakukan hambur dan mendarat dengan  postur yang  betul.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
1.      Memanaskan badan ~~ dengan menggunakan lagu ‘Aku Seekor Gajah’.(Dunia Muzik Tahun 1)

2.      Aktiviti 1 ~~ Hambur badan lurus secara berulang.    
3.      Aktiviti 2 ~~ Hambur badan lurus ke atas mini trampolin dan mendarat.
4.      Aktiviti 3 ~~ Hambur badan lurus ke atas peti lombol dan mendarat.
5.      Persembahan ~~ Rangkaian pergerakan.                     
6.      Menyejukkan badan ~~ Aksi memanah.                
EMK    : Sikap Keusahawanan (berani mengambil risiko yang dianggarkan)
BBB     : Trampolin, peti lombol / bangku gimnastik, tilam gimnastik.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran    :          
~~ Pemerhatian dan senarai semak.

Refleksi :

Kekuatan
Kekuatan ialah murid suka mengikut postur yang guru tunjukkan . Mereka berminat dengan postur yang guru ajar kerana kali ini merupakan kali pertama mereka mendedahkan diri dengan postur baru dalam pengajaran ini . Lagipun , murid suka belajara dalam keadaan yang mempunyai muzik dan dapat menggabungkan pendidikan jasmani dengan muzik pada masa yang serentak . Mereka mempunyai perasaan yang baru kerana saya tidak menggabungkan muzik dengan pendidikan jasmani sebelum itu .

Kelemahan
Terdapat kelemahan semasa pengajaran dijalankan ialah sebilang murid kurang mampuan mengikut postur yang saya demonstrasi . Mereka yang lemah dan menunjukkan muka yang enggan mengikut pengajaran saya . Lagipun , masalah kekurang ruang tempat menjalankan pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu kelemahan yang saya hadapi . Hal ini kerana sekolah tidak mempunyai ruang tempat yang mencukupi untuk memenuhi kelas yang mengajar PJ pada masa yang sama .

Langkah Mengatasi
Saya memanggil murid yang baik sebagai " little teacher " membantu saya untuk mengajar mereka yang lemah .Melalui cara ini , saya mendapati murid yang lemah dapat membelajari daripada kawanya kerana mereka tidak berasa malu menanyakan dengan kawan jika berbanding dengan saya , mereka berasa lebih sukar mengemukan pertanyaan .Selain itu , saya memberi cadangan kepada pihak sekolah supaya mereka dapat membahagikan masa dan ruang tempat kepada guru yang mengajar PJ . Dengan ini , masalah kekurangan ruang tempat dapat diselesaikan .


Rancangan Pelajaran Harian Makropengajaran
Mata Pengajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang                 : Kecergasan
Tajuk                     : Ketangkasan
Tarikh                   : 30/9/2011
Masa                    : 8:00am – 8:30am
Tahun                   : 2A
Bilangan orang   : 31 0rang
Tempat                 : Gelanggang Badminton Sekolah
Hasil Pembelajaran     : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid-murid dapat:-
Psikomotor          : Melakukan aktiviti “Tupai dan Pokok” dengan betul sekurang-
                                kurangnya 2 kali daripada 3 kali pencubaan.
Kognitif                : Menyatakan 3 anggota badan utama dalam menjalani aktiviti ketangkasan .
Afektif                  : Bekerjasama dalam setiap aktiviti ketangsan yang dijalankan.
Pengalaman sedia ada : Pelajar telah mengetahui teknik untuk bergerak cepat.
K.B.K.K                     : Membanding beza
Penggabungjalinan  :  Kecergasan – koordinasi
Kesepaduan             : Sains – Daya Tarikan Graviti
Bahan Bantu Mengajar : 1) Skital           2) Gegelung                3) Pundi Kacang


Langkah/
Masa/
Bahagian
Aktiviti
Butir-butir Mengajar
Memanaskan
Badan
(± 5 minit )
Kelonggaran







Regangan



Daya Tahan Otot
     







Kelonggaran
Kepala
§ Kepala dipusing ke arah kiri dan kanan sebanyak 2 set .
Bahu
§ Kedua-dua belah tangan dibengkokkan ke bahu dan bahu dipusing ke arah hadapan dank e belakang sebanyak 2 set.
Pinggang
§ Pinggang dipusing dan seluruh badan pelajar dihala ke arah kiri dan kanan sebanayak 2 set .
Seluruh Badan
§ Pelajar menjalani pelbagai jenis pergerakan lokomotor setelah melepasi skitel yang berwarna berlainan.
§ Pergerakan yang dijalankan adalah seperti berjalan dengan melintang , merangkak , berlari sambil menepuk peha , jalan itik.

Kaki
§ Kaki dilurus sambil menggerakkan kedua-dua kaki ke atas dan bawah.
Perkembangan
(± 20 minit )
Langkah 1
Aku Cintamu
·  Kaki dibuka seluas bahu.
·  Badan dicondong dan direndahkan.
· Memerhati sasaran statik yang diarah guru.
·  Berlari dengan bebola kaki ke arah sasaran.
· Menyentuh sasaran tersebut.
Langkah 2
Tupai dan Pokok
ØKaki dibuka seluas bahu.
ØBadan direndah dan dicondong ke hadapan.
ØMemerhati sasaran yang bergerak dan stastik mengikut arahan guru .
ØBerlari dengan bebola kaki untuk menuju ke arah sasaran .
ØMenyetuh , memegang atatu memasuki sasaran.  
Langkah 3
Anak Jujur
v Kaki dibuka seluas bahu.
v Badan direndah dan dicondong ke hadapan.
v Memerhati sasaran yang berlainan warna dan saiz untuk meletakkan pundi.kacang
v Berlari dengan bebola kaki untuk menuju ke arah sasaran.
v Meletakkan pundi kacang dalam sasaran.
Penutup        
 ( ± 5 minit )

Menyejukkan badan kelonggaran













  

Mengemaskan alatan
Kepala
ü  Kepala dipusing ke arah kiri dan kanan sebanyak 2 set .
Bahu
ü Kedua-dua belah tangan dibengkokkan ke bahu dan bahu dipusing ke arah hadapan dan ke belakang sebanyak 2 set.
Pinggang
ü  Pinggang dipusing dan seluruh badan pelajar dihala ke arah kiri dan kanan sebanayak 2 set .
Kaki
ü  Kedua-dua belah lompat ke paras pinggang secara kiri kanan.

Mengemaskan alatan dan meletakkan semua alatan ke dalam stor sukan .





Refleksi Makropengajaran
KEKUATAN
            Kekuatan dan kelebihan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran ialah penglibatan semua murid dalam aktiviti permainan . Hal ini disebabkan murid-murid suka bermain permainan yang saya rancang demi mencapai objektif hasil pembelajaran . Penglibatan semua murid tanpa kira jantina dan bangsa kerana terdapat 3 orang murid Melayu dalam kelas ini. Suasana pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menjadi kegembiraan .Seterusnya , murid-murid dapat memupuk sikap bekerjasama dan bersatupadu antara sama satu lain . Mereka menumpukan penuh perhatian semasa guru memberi penjelasan cara permainan . Oleh yang demikian , mereka dapat bekerjasama ketika menjalankan aktiviti permainan dan boleh menghabiskan aktiviti permainan dengan bersatupadu di kalangan ahli kumpulan rumah – rumah .      

KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran ialah penggunaan ruang yang tidak mencukupi . Ini bermakna kadang-kala saya perlu berkongsi ruang menjalankan aktiviti dengan beberapa kelas pada masa yang serentak . Oleh itu , rakan sekerja saya tahu bahawa saya memerlukan ruang tempat untuk melaksanakan tugasan makropengajaran maka mereka pun memberi ruang tempat badminton bagi saya . Kelemahan dan kekurangan yang lain ialah kekurangan alatan sukan . Hal ini kerana sekolah saya tiada bilik khas untuk meletakkan alatan sukan maka pihak sekolah tidak membeli banyak jenis alatan sukan . Ini akan mempengaruhi Rancangan Harian Pelajaran saya yang dirancang kerana saya perlu mereka satu rancangan yang menyesuaikan bilangan alatan yang ada pada sekolah .
LANGKAH MENGATASI
Saya mendapati kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran yang dijalankan maka perlulah saya mencari langkah untuk penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa yang seterusnya . Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam makropengajaran , langkah penyelesaian ialah berkongsi tempat ruangan dengan rakan sekerja . Saya perlu meminta kerjasama dengan rakan sekerja supaya ruangan tempat dapat berkongsi secara mengilir-gilir . Masa penggunaan rungan badminton dapat diagihkan dengan bergilir-gilir  , contohnya minggu pertama saya melaksanakan p & p seterusnya rakan sekerja mengadakan aktiviti pada minggu kedua . Saya perlu mengadakan aktiviti permainan yang sesuai dengan perkembangan tumbuh badan murid dan menyesuaikan  bilangan alatan yang ada . Dengan ini , murid dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran .




RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
TARIKH : 6 September 2011
HARI     : Khamis
MASA  : 7.30 - 8.00 PAGI
KELAS  : 2 A
BIL. ORANG    :  31 orang
MATA PELAJARAN     :  Pendidikan Jasmani
TAJUK                        : Melompat Ayunan Tali
FOKUS                       : Berkebolehan Melompat Tali Yang Diayun Oleh Dua Orang Rakan.
STANDARD PEMBELAJARAN.
1.2.3     Melompat tali berterusan berulang-ulang yang diayun oleh dua orang rakan.
2.2.1   Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan lokomotor dan bukan lokomotor.
5.3.1     Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal..
OBJEKTIF PEMBELAJARAN  : Murid boleh melakukan lompatan mengikut ayunan tali dengan menggunakan satu dan dua kaki..  
AKTIVITI          :
1.                   Memanaskan badan.

2.               Melompat tali yang diayun  berulang kali ke kiri dan kanan  dengan dua belah atau sebelah kaki.

3.                  Melompat tali dan menukar arah.

4.            Tukar peranan.

5.                  Ulang dengan melompat tali dengan sebelah kaki.

6.            Ulang dengan melompat tali berpasangan..

7.                  Melompat sambil mengikut tempo muzik yang didengari..

8.                    Menyejukkan badan.

ABM    :           1.   Tali lompat tali.
2.   CD Lagu KSSR Dunia Muzik Tahun 2  ( Trek18 )  ``


  Refleksi : 

 Kekuatan

Saya mendapati murid-murid boleh melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada hari ini . Hal ini kerana murid-murid sangat suka melibatkan diri dalam aktiviti melompat tali . Mereka pernah mempunyai pengalaman lama kerana mereka pernah melompat tali sebelum itu .

Kelemahan

Akan tetapi , saya  menghadapi masalah tempat ruang kerana masa saya mengajar Pendidikan Jasmani telah bertindih dengan masa rakan sekerja . Maka kami perlu berkongsi tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran . Masalah ini telah menganggu pengajaran saya kerana aktiviti memerlukan ruang tempat yang cukup besar  untuk memastikan keselamatan murid-murid dapat dijaga .

Langkah Mengatasi

Saya telah membincangkan masalah ini dengan pihak sekolah supaya dapat mengatasi masalah ini . Saya juga memberi cadangan bahawa pihak sekolah  membahagikan masa dan ruang tempat yang sesuai bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini .

                       

























My Song


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com