Bahasa Melayu ( 1 RPH )


Rancangan Pengajaran Harian
Subjek: Bahasa Melayu
Tahun :2M                           
Tajuk : Unit 7 Rumah Terbuka ( Kata Nama Khas)
Tarikh: 1 November 2011 ( Selasa )
Masa :  8.30 pagi – 9.00 pagi (30minit)
Tema : Indahnya Budaya
Nilai Murni : Kasih sayang, hormat-menghormati dan bekerjasama.
FOKUS
UTAMA
Standard
Kandungan
5.1
Memahami dan menggunakan golongan
kata dengan betul menggunakan konteks.
Standard
Pembelajaran
5.1.2
Memahami dan menggunakan kata nama
khas yang mudah dengan betul mengikut
konteks.
FOKUS
SAMPINGAN
Standard
Kandungan
3.2
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas
Standard
Pembelajaran
3.2.4
Menulis perkataan yang mengandungi dua
atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul dan tulisan yang
kemas.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  1. Menyatakan dan menggunakan kata nama khas yang mudah dengan mudah.
  2. Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.
PENGISIAN
KURIKULUM
  1. Ilmu : Moral, Nilai Murni
  2. KBT :  Verbal Linguistik, Visual Ruang
SISTEM
BAHASA
Tatabahasa : Kata Nama Khas
MEDIA
Persembahan Power Point, Kad Perkataan, Kad Kata Nama Khas, Gambar , Lembaran Kerja
REFLEKSI
Kekuatan
Saya mendapati murid-murid kelas ini suka belajar dalam suasana yang mempunyai aktiviti kumpulan . Mereka suka melibatkan diri dalam akitviti permainan kerana murid dalam kelas sangat aktif .

Kelemahan
Murid-murid lemah dalam kemahiran menulis dan mengeja perkataan kata nama khas . Mereka kurang memberi perhatian semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran .

Langkah Mengatasi
Saya memperbanyakkan latihan tubi kepada mereka yang lemah dalam kemahiran ini . Selain itu , saya juga memberi ujian untuk menguji kebolehan menguasai kemahiran ini . Di samping itu , saya memyampaikan pengajaran dengan banyak menggunakan BBM untuk menarik perhatian murid supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.


My Song


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com